• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama PAS, Ikatan Tidak Relevan! – PAN

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mengulangi pendirian bahawa pembentukan blok baharu pakatan politik seperti yang umumkan PAS hari ini tidak relevan di Malaysia.

PAN mengemukakan semula pendiriannya dengan menyiarkan semula kenyataan Presidennya, Mohamad Sabu berhubung perkara itu hari ini.

“Kuasa ketiga, keempat, kelima tak penting (tidak relevan) kerana rakyat akan pilih antara dua Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan,” ujar Mohamad.

Mohamad dalam kenyataannya turut membayangkan penyokong pembangkang akan memilih Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan PAN berbanding pakatan PAS dan Ikatan.

PAS hari ini mengesahkan pembentukan blok baharu parti politik dengan mengadakan kerjasama dengan Ikatan dalam satu sidang media di ibu negara hari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mewakili parti masing-masing dalam sidang media berkenaan.

“PAS tidak mahu menjadi parti pembangkang yang pelampau dan ekstrem menentang kerajaan.

“Kita mahu menjadi blok pembangkang yang menasihati kerajaan. Tetap memuji apa yang baik telah kerajaan lakukan kepada rakyat,” katanya.

Kata-kata Presiden PAS itu menyindir Pakatan Harapan yang didominasi DAP kerana mengamalkan politik fitnah dan tidak demokratik demi melunaskan cita-cita memerintah negara.

Ikatan adalah sebuah parti baru diketuai Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang juga bekas Menteri Pelancongan dibawah kerajaan BN. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd