• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Tiada Kuasa Siasat Parti Politik Berbelanja Lebih Ketika Pilihan Raya

oleh Ahmad Albab
17/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang siasatan terhadap mana-mana parti politik yang kononnya berbelanja lebih sewaktu pilihan raya.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata kuasa SPR adalah terhadap calon yang bertanding dan juga dalam tempoh berkempen pilihan raya sahaja.

“Apa yang ditimbulkan oleh ahli parti terhadap perbelanjaan pilihan raya adalah urusan parti dan SPR tidak wajar dikaitkan.

“Ini kerana perjalanan sesebuah parti berdaftar dalam urusan perbelanjaan parti adalah di bawah Akta Pertubuhan dan sebagainya, dan bukan di bawah perundangan pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas SPR terhadap laporan dibuat anggota Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik dan anggota Parlimen Rasah, Teo Kok Seong terhadap Barisan Nasional (BN) berkenaan perbelanjaan melebihi maksimum yang kononnya melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Laporan itu dibuat dan dihantar anggota Parlimen berkenaan di Menara SPR dua hari lepas.

Mohd Hashim berkata pihaknya perlu berhati-hati supaya tidak melampaui bidang kuasa yang diberikan agar tidak menyentuh bidang kuasa badan yang lain yang mempunyai kuasa menyiasat secara menyeluruh.

Jelasnya, isu yang dibangkitkan anggota Parlimen tersebut, telah pun ditimbulkan parti-parti lain sebelum ini seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengheret pihaknya ke mahkamah.

“Keputusan Mahkamah Tinggi telah memihak kepada SPR dan tiada kesalahan dari segi undang-undang pilihan raya oleh SPR dalam pengendalian Pilihan Raya Umum ke-13 lepas,” katanya.

Mohd Hashim berkata selain itu, petisyen pilihan raya juga telah difailkan oleh calon bertanding dan telah diputuskan oleh mahkamah sebelum ini.

“Proses perundangan berkaitan pilihan raya telah pun dilalui SPR dan pihak berkepentingan juga telah mendapat keadilan sepenuhnya di Mahkamah Pilihan Raya,” katanya. – BERNAMA

Tags: parti politikSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd