• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tawau Tahan 12 Individu Disyaki Penagih Dadah

oleh Ahmad Albab
15/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Polis menahan 12 individu termasuk dua wanita selepas membuat serbuan ke atas beberapa buah rumah yang disyaki dijadikan sarang aktiviti dadah di Kampung Vietnam, Tanjung Batu, di sini Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata kesemua individu yang terdiri daripada lima rakyat tempatan, Indonesia (empat) dan Filipina (tiga) itu adalah sebahagian daripada 28 individu berumur 15 hingga 47 tahun yang diperiksa dalam ‘Op Sarang’ dari pukul 9 malam hingga 11.30 malam.

“Dua belas individu ini ditahan kerana positif dadah,” katanya dalam kenyataan di sini ISelasa.

Menurut Fadil hasil serbuan itu juga pihaknya berjaya menemui dan merampas kira-kira 77.37 gram dadah jenis syabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Sementara itu, Fadil berkata Polis Tawau akan terus menggempur habis-habisan mana-mana tempat yang dikenal pasti dijadikan sarang penagihan dadah di daerah ini dan meminta orang ramai agar menyalurkan maklumat bagi memudahkan operasi polis. – BERNAMA

Tags: dadahpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd