• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jumlah Cukai Barang & Perkhidmatan Yang Dikecualikan GST Bernilai RM10 Bilion

oleh Ahmad Albab
15/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan kehilangan pendapatan cukai sebanyak RM10 bilion sejak pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada April tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata ini disebabkan oleh pengecualian cukai atau kadar sifar GST yang diberikan ke atas barangan dan perkhidmatan di bawah GST, seperti makanan asas, pendidikan, kesihatan dan pengangkutan awam.

“Ada cadangan tambahan pada tahun lepas dan tahun ini untuk menambah jenis barang dan perkhidmatan yang dikecualikan cukai atau kadar sifar, seperti ke atas buah-buahan, ubat-ubatan dan petroleum,” katanya menjawab soalan tambahan Khoo Soo Seang (BN-Tebrau), di Dewan Rakyat hari ini.

Chua berkata bagi tempoh 10 bulan pelaksanaan GST dari 1 April 2015 hingga 31 Jan 2016, sebanyak 1,190 kes disiasat oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang melibatkan kesalahan mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

“Daripada jumlah itu, 16 kes dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, dan semua kes diselesaikan melibatkan denda keseluruhan berjumlah RM125,000,” katanya.

Selain itu Chua berkata anggaran jumlah pendapatan yang disumbangkan oleh GST pada tahun ini sebanyak 18 peratus daripada jumlah pendapatan negara.

“Kita harus faham bahawa GST tidak dapat menggantikan keseluruhan pendapatan, terutama pengurangan pendapatan akibat harga minyak, dengan sumber pendapatan negara daripada hasil petroleum dan dividen Petronas pada 2014 bernilai RM66 bilion.

“Kita anggar tahun ini pendapatan negara daripada hasil minyak akan berkurangan antara RM25 bilion dan RM31 bilion,” katanya.

Menjawab soalan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak), Chua berkata jumlah tuntutan input cukai yang telah dibayar balik kepada peniaga sehingga kini berjumkah RM10 bilion.

“Ada tuntutan yang dibayar balik dan ada juga tuntutan yang tidak diterima kerana tidak mempunyai dokumen lengkap. Sebanyak 800 juta daripada tuntutan cukai ditolak, dan syarikat yang terlibat tidak membuat permohonan rayuan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Chua Tee YongGST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd