• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pyongyang Rancang Uji Peledak Nuklear, Peluru Berpandu Balistik

oleh Ahmad Albab
15/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

 

SEOUL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berkata negaranya akan menjalankan ujian peledak nuklear dan pelancaran peluru berpandu balistik yang mampu membawa peledak nuklear tidak lama lagi, lapor agensi berita rasmi KCNA.

Kim berkata demikian selepas menyelia ujian simulasi kemasukan semula peluru berpandu balistik di atmosfera yang mengukur “kestabilan struktur termodinamik bahan tahan panas yang baru dibangunkan,” menurut KCNA.

“Kami mengisytiharkan bahawa ujian letupan peledak nuklear dan ujian beberapa jenis roket balistik yang mampu membawa peledak nuklear akan dijalankan tidak lama lagi untuk meningkatkan keupayaan serangan nuklear,” lapor agensi itu.

Laporan dibuat ketika ketegangan memuncak di semenanjung Korea susulan latihan ketenteraan tahunan bersama terbesar antara Korea Selatan dan AS.

Korea Utara mengeluarkan kenyataan untuk berperang hampir setiap hari, selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan.

Majlis Keselamatan PBB mengenakan resolusi baru untuk mengetatkan sekatan terhadap Utara selepas ujian nuklear Januari lalu dan pelancaran roket jarak jauh bulan lepas. – Reuters/BH ONLINE

Tags: Korea UtaraPeluru Berpandu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd