• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jambori Pengakap Mampu Pupuk Perpaduan – Tawfiq

oleh Ahmad Albab
14/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Jambori Pengakap berupaya memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, budaya dan agama, kata Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata jambori merupakan gelanggang pertemuan pengakap pelbagai etnik dan budaya bagi membentuk masyarakat yang lebih bersopan dan bertanggungjawab.

“Kementeria Belia dan Sukan Sabah sentiasa memberi sokongan dalam semua agenda pengakap ke arah memajukan dan memartabatkan pengakap di negeri ini,” katanya ketika merasmikan Jambori Pengakap Antarabangsa Tawau malam tadi.

Jambori kali ini, selain disertai oleh kontinjen dari negeri-negeri di Malaysia, juga disertai pasukan pengakap negara jiran Indonesia, khususnya Kalimantan Utara.

Tawfiq juga menyifatkan jambori pengakap mempunyai cabaran tersendiri antaranya peserta terpaksa melupakan keselesaan hidup dengan hanya tidur di dalam khemah beralaskan tikar di atas tanah.

Jambori yang melibatkan 2,500 pengakap atau dinamakan Pramuka di Indonesia itu bermula sejak Sabtu lepas dan akan berakhir pada Rabu ini.

Pada majlis itu, Tawfiq yang mewakili Ketua Pengakap Sabah, yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman menyampaikan Pingat Kedua Tertinggi Ketua Pengakap Sabah kepada Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Alijus Sipil. – BERNAMA

Tags: pengakap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kota Bharu, Bachok Paling Tinggi Kes Pembakaran Terbuka Di Kelantan

Pengakap Sasar Capai 500,000 Ahli Menjelang 2025

04/11/2023
0

GEORGE TOWN: Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) mensasarkan jumlah keahliannya meningkat kepada 500,000 orang menjelang 2025. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….....

Pengakap Malaysia Lancar Buku Mewah ‘100 Years & Beyond’

09/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) hari ini melancarkan Buku Mewah '100 Years & Beyond' sempena Majlis Malam Apresiasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd