• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Jangka Kutip RM118.5b Hasil Cukai Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
19/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangka sejumlah RM118.5 bilion akan dapat dikutip daripada hasil cukai langsung bagi 2016, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Beliau yang menjawab soalan Dr Ko Chung Sen (DAP-Kampar) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini berkata jumlah itu selaras dengan Pengubahsuaian Bajet 2016 berbanding sasaran kutipan asal pada RM125.6 bilion.

Katanya kutipan cukai langsung yang merangkumi cukai pendapatan individu, syarikat, koperasi, cukai pendapatan petroleum huluan, duti setem dan cukai keuntungan harga tanah oleh LHDN bagi 2015 berjumlah kira-kira RM111.8 bilion.

Chua berkata dari segi jumlah denda atau penalti yang dikenakan LHDN daripada aktiviti audit cukai bagi tempoh lima tahun lepas iaitu 2011 hingga 2015 berjumlah RM4.4 bilion iaitu 0.8 peratus daripada jumlah kutipan hasil cukai langsung bagi tempoh berkenaan.

“Sementara bagi jumlah denda atau penalti daripada aktiviti penyiasatan pula, jumlahnya adalah RM0.8 bilion atau 0.1 peratus daripada jumlah kutipan hasil cukai langsung bagi tempoh sama,” katanya.

Dr Ko meminta penjelasan jumlah cukai langsung yang dikutip pada 2015 dan jangkaan kutipan bagi 2016, dan jumlah denda yang dipungut daripada audit cukai dan penyiasatan bagi tempoh lima tahun lepas.

Dalam pada itu, Chua berkata seramai 173,000 orang rakyat tempatan telah disekat daripada keluar negara akibat tidak membayar cukai hingga 31 Dis 2014 dengan jumlah keseluruhan nilai cukai ialah RM4 bilion.

Katanya hasil tindakan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai dan Pendapatan 1967 itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengutip semula RM1.3 bilion.

“Langkah lain yang dilakukan kerajaan bagi mengesan pengelak cukai ialah melalui pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di samping pengumuman Perdana Menteri mengenai pengubahsuaian Bajet 2016 yang telah menawarkan pengurangan penalti dan penghapusan kenaikan cukai,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang ingin tahu mengenai mekanisme kerajaan untuk membanteras golongan pengelak cukai dalam negara. – BERNAMA

Tags: CukaiLHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd