• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Syura Tentukan Senarai Akhir Calon PRN Sarawak 20 Mac Ini

oleh Ahmad Albab
13/03/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Majlis Syura PAS akan bermesyuarat pada 20 Mac ini untuk menentukan senarai akhir calon di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan datang.

Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata daripada 11 calon itu,seorang merupakan calon bukan Islam daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Sarawak.

“Pada PRN-11 nanti, PAS akan bertanding di 11 kerusi. Daripada 11 calon itu, seorang merupakan calon bukan Islam daripada DHPP Sarawak dan kita (PAS) akan turut tampilkan seorang calon wanita pada PRN-11 nanti.

“PAS Sarawak telah menghantar senarai calon PRN-11, Majlis Syura akan semak calon ini, kelayakan mereka untuk bertanding, sebelum meluluskan penempatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Makan Malam pelancaran manifesto parti berkenaan bertemakan “Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak” menjelang PRN-11 di sini, malam tadi.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee.

Terdahulu dalam ucapan, Tuan Ibrahim mengumumkan 11 kerusi DUN yang akan ditandingi PAS pada PRN-11 nanti iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Lambir, Pujut dan kerusi baharu, Samalaju.

Pada PRN-10, PAS bertanding di lima kerusi DUN iaitu Tanjong Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau dan Beting Maro namun gagal meraih sebarang kerusi.

Di MIRI, Setiausaha PAS Sarawak Mukhtar Suhaili berkata manifesto lima perkara itu antaranya ialah memberi jaminan akan mempertahankan hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Persekutuan Malaysia 1963.

Menyokong hak pelbagai kaum dan agama di Sarawak, menuntut 20 peratus royalti minyak, menubuhkan Pusat Aduan Rakyat dan mendapatkan kemudahan asas bagi semua rakyat di Sarawak, katanya. – BERNAMA

Tags: PASsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd