WAZE yang kini dimiliki oleh Google menawarkan kemaskini aplikasi versi baru mereka kepada para pengguna Android, iaitu Waze 4.0.
Di mana salah satu perubahan besar yang dibawakan oleh aplikasi berkenaan adalah kemaskini pada antaramuka dan rekabentuk serba baru, berbeza dengan sebelum ini.
Ia kini memudahkan lagi pengguna berkongsi masa ketibaan mereka, dan melihat data seperti kelajuan pemanduan, disamping memudahkan berkongsi perkara di atas jalan raya seperti gangguan, kesesakkan dan sebagainya.
Waze 4.0 juga dikatakan mengurangkan tenaga bateri yang digunakan, disamping menyertakan peringatan pintar untuk anda ke sesuatu lokasi berdasarkan kepada temujanji di kalendar peranti anda.
Bagi anda yang menggunakan Waze, boleh memuat-turun kemaskini baru ini hari ini dan menggunakannya dalam bernavigasi di jalan raya. – MYNEWSHUB.CC
Layari: Waze