• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditemui Mati Dibunuh Di Hotel Bajet

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah hotel bajet di Damansara Damai di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa berusia 39 tahun yang berasal dari Semenyih, Selangor ditemui dalam keadaan terbaring di atas lantai bilik hotel berkenaan oleh seorang pekerja hotel.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata siasatan awal mendapati mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala.

“Mangsa dipercayai dipukul di kepala dan kami akan teliti rakaman kamera litar tertutup di hotel ini untuk mengesan suspek,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, lewat malam tadi.

Beliau berkata mangsa menginap di hotel berkenaan sejak Isnin lepas, bersama lima rakannya yang dipercayai warga tempatan.

“Kami sedang mengesan semua rakan mangsa bagi membantu siasatan dan motif kejadian masih disiasat. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes bunuhMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd