• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Menantuku, Sahabatku’ Bermula Sejak Aktif Paralimpik

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASR PUTEH – Hubungan mereka bukan hanya sebagai bapa dan menantu, bahkan jauh lebih istimewa apabila kekurangan diri menyatukan mereka dalam ikatan kasih sayang yang mendalam.

Ibrahim Ahmad lumpuh bahagian bawah anggota badan ketika berusia 20 tahun akibat terjatuh dari pokok kelapa, begitu juga Mohammad Deraman yang tidak dapat berjalan selepas hidap demam panas waktu berumur 14 tahun.

Ibrahim, 64; berkata, dia mengenali Mohammad, 46; lebih tiga tahun lalu ketika aktif menjadi atlet paralimpik Kelantan untuk acara boling padang.

“Di situ, saya bertemu dia yang kebetulan turut mewakili Kelantan untuk acara sama. Ketidakupayaan diri seolah-olah menyatukan kami berdua hingga terbina ikatan kasih sayang yang kukuh.

“Melihat ketulusan hatinya yang tidak putus asa meneruskan kehidupan walaupun diuji dengan pelbagai dugaan, saya menjodohkannya dengan anak perempuan saya, dua tahun lalu.

“Alhamdulillah, saya gembira melihat mereka bahagia. Kami bukan hanya menantu dan mentua, bahkan sahabat susah senang, malah lebih daripada itu,” katanya.

Ibrahim yang berasal dari Kampung Perupok, Bachok berkata, dia menggunakan kepakaran membaiki televisyen dan peralatan elektrik untuk menyara keluarga manakala Mohammad pula mahir membaiki kasut.

Berikutan itu, kedua-dua insan kelainan upaya itu menyewa rumah kedai di Selising untuk dijadikan pusat perkhidmatan masing-masing sejak empat tahun lalu.

Mohammad yang berasal dari Jerantut, Pahang berkata, dia tidak mempunyai keluarga lain melainkan Ibrahim sekeluarga sejak kematian ibunya pada 2004.

“Saya anak bongsu daripada lapan adik beradik, namun semua abang dan kakak meninggal dunia ketika masih kanak-kanak disebabkan demam panas.

“Ketika penyakit itu menyerang saya pada usia 14 tahun, saya masih mampu bertahan, namun ditakdirkan lumpuh begini. Selepas itu, ayah meninggal dunia pada 1994.

“Pada 2004, ibu juga pergi meninggalkan saya,” katanya.

Menurutnya, sejak bertemu bapa mentuanya itu, dia menjadi lebih bermotivasi untuk membina kehidupan terbaik terutama selepas bernikah dan mempunyai keluarga sendiri. – myMetro Online

 

Tags: lelakiOKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

Lelaki Berkostum Spiderman Bukan Bapa Saudara Kanak-kanak Dibawa Mengemis – JKM Melaka

11/02/2026
0

MELAKA: Lelaki yang mendakwa kanak-kanak perempuan dibawanya untuk mengemis dengan memakai kostum Spiderman sebagai anak saudara adalah tidak benar selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd