• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Cuba Rompak Mesin ATM Di Bukit Jambul

oleh Ahmad Albab
12/03/2016
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Cubaan seorang lelaki untuk merompak mesin ATM di sebuah bank di Bukit Jambul, Bayan Lepas dekat sini awal pagi ini gagal apabila alat penggera bank itu berbunyi.

Lelaki terbabit dipercayai menggunakan mercun untuk meletupkan mesin ATM berkenaan dalam kejadian pukul 5.20 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata terdapat serpihan mercun dan kesan letupan pada satu daripada mesin itu selain pintu gelangsar cermin depan bank itu pecah.

“Hasil penilaian menerusi CCTV bank itu, suspek dilihat meletakkan mercun di atas sebuah mesin ATM dan letupan mercun itu mengakibatkan penutup bahagian bawah skrin mesin ATM terbuka,” katanya di sini Jumaat.

Lai berkata lelaki terbabit bagaimanapun tidak berjaya memecahkan mesin ATM itu.

Beliau berkata ketika kereta polis tiba di lokasi kejadian tidak ada sesiapa di bank itu dan lelaki terbabit dipercayai lari apabila alat penggera bank berbunyi.

Lai berkata polis sedang mengenal pasti lelaki terbabit menerusi rakaman CCTV di setiap kawasan berhampiran.

Bank itu juga difahamkan tiada pengawal keselamatan dan suspek dipercayai melakukan perbuatan itu berseorangan, katanya.

Lai berkata kes disiasat mengikut Seksyen 6, Akta Bahan Letupan 1957 dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Ketuai Royal Johor Pada Johor Super Crown Polo Tournament 2026

Tunku Mahkota Ismail Ketuai Royal Johor Pada Johor Super Crown Polo Tournament 2026

29/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bakal mengetuai pasukan Royal Johor pada kejohanan polo berprestij antarabangsa Johor...

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

Joey Bumiputra Rockers Meninggal Dunia

29/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Penyanyi kumpulan rock terkenal Bumiputra Rockers, Johari Mat Rozekhi atau lebih dikenali sebagai Joey, 63, meninggal dunia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd