• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rancangan Semak Semula Kadar GST

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji semula kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) memandangkan kadar enam peratus yang ditetapkan adalah munasabah, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata sebelum GST dilaksanakan, kajian terperinci telah dibuat bagi memastikan kadarnya paling sesuai dengan keadaan ekonomi semasa.

“Ia mengambil kira kedudukan kadar cukai sebelum GST iaitu 10 peratus bagi barangan dan enam peratus bagi perkhidmatan.

“Di samping itu pelbagai faktor lain termasuk komposisi sumbangan hasil sektor tertentu, beban cukai ke atas pengguna, struktur cukai pendapatan dan pakej bantuan kepada pengguna dan perniagaan diambil kira selaras objektif untuk mewujudkan sistem percukaian yang berdaya saing,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Johari menjawab soalan Wong Tien Fatt@Wong Nyuk Foh (DAP-Sandakan) yang bertanya sama ada kerajaan akan menimbang untuk menyemak semula kadar GST memandangkan pendapatan kerajaan semakin menurun akibat kejatuhan harga minyak antarabangsa.

Mengenai cadangan Wong agar kerajaan menurunkan kadar GST bagi Sabah memandangkan penduduk membayar kadar harga barangan lebih tinggi berbanding di Semenanjung, Johari berkata kadar semasa masih sesuai.

“Ini kerana banyak keperluan yang tidak dikenakan GST (sifar GST) seperti barangan makanan asas, ternakan seperti ayam dan daging, produk pertanian, makanan laut serta pengangkutan awam, perumahan dan pendidikan.

“Kerajaan juga sentiasa menambah kemudahan bantuan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia dan bantuan terus seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hasil daripada kutipan cukai GST,” katanya.

GST mula dikuatkuasakan di negara ini mulai 1 April 2015, pada kadar enam peratus menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan pada kadar 16 peratus. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST – Timbalan Menteri Kewangan

18/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan menyatakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mampu memberikan kesan fiskal yang lebih cepat berbanding pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd