• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerja ‘Tanpa Henti’ Bagi Ketua Penyiasat MH370 Kok Soo Chon

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Ungkapan ‘non-stop’ atau tanpa henti, dilihat memainkan peranan signifikan dalam kehidupan Datuk Kok Soo Chon, ketua penyiasat Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Malaysia bagi MH370.

Malah, kisah seram tentang pesawat bertajuk ‘Non Stop’ merupakan filem ditontonnya bersama-sama isteri di sebuah panggung wayang di Petaling Jaya pada 8 Mac, 2014 – hari pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 dilaporkan hilang daripada radar.

Kehilangan pesawat itu merupakan kejadian paling misteri dan aneh dalam sejarah industri penerbangan.

Bagi Kok, tajuk filem itu secara tidak langsung mempunyai kaitan dengan tugas berprofil tinggi dilakukannya itu.

“Non-stop” atau tanpa henti telah menjadi rutinnya selepas beliau ditugaskan mengetuai pasukan penyiasatan antarabangsa bebas itu bagi menyiasat kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu.

“Nama filem itu … anda percaya atau tidak, ialah Non Stop. Kini, tugas ini adalah tanpa henti,” kata Kok, 65, bekas Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia.

Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 ICAO Malaysia bagi MH370 dianggotai 19 warga Malaysia dan tujuh wakil bertauliah daripada tujuh pihak berkuasa keselamatan dari tujuh negara.

Pihak berkuasa itu ialah Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Pentadbiran Penerbangan Awam China, Biro d’Enquêtes et d’Analyses Perancis, Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Nasional Indonesia, Biro Penyiasatan Kemalangan Udara Singapura, Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Negara Amerika Syarikat.

Penerbangan MH370, membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada radar semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.

Pesawat itu masih belum ditemukan walaupun operasi mencari besar-besaran dilaksanakan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai berakhir selepas melencong daripada laluan asal.

Pada Julai tahun lepas, sekeping flaperon ditemukan terdampar di pantai Pulau Reunion, Perancis dan pada 6 Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan ia daripada pesawat MH370.

Kok berkata waktu bekerjanya adalah tanpa henti kerana beliau perlu menyelaraskan penyiasatan besar-besaran membabitkan anggota pasukan daripada pelbagai negara di dunia.

Beliau akan memanfaatkan sepenuhnya teknologi seperti tele-persidangan dan e-mel untuk berhubung.

“Kami perlu berkomunikasi pada lewat malam. Dan perkara pertama yang akan lakukan sebelum pergi kerja dan sebelum tidur ialah melihat sebarang pesanan dalam komputer riba saya,” katanya.

Kok berkata pasukan penyiasatan komited untuk melakukan yang terbaik dan mengenal pasti apa sebenar berlaku di sebalik kehilangan pesawat MH370.

“Kami sedang berusaha sebaik mungkin untuk mencari kebenarannya untuk dimasukkan dalam laporan kami supaya semua orang tahu apa sebenarnya berlaku pada hari kejadian,” katanya.

Ketua penyiasat itu berkata anggota pasukan amat komited dan hubungan kerja dengan pakar-pakar, amat menggalakkan dan mesra dalam usaha untuk mencari apa yang sebenarnya berlaku.

Pasukan penyiasatan telah mengeluarkan kenyataan interim dan maklumat fakta tentang insiden MH370 pada ulang tahun pertama kehilangannya tahun lepas dan pada tahun ini, ia mengeluarkan kenyataan interim.

Bagi Kok, apa yang sebenarnya berlaku ada di luar sana.

Sehingga ketua penyiasat dan anggota pasukannya itu berjaya merungkai misteri kehilangan pesawat MH370, tugas itu akan berterusan – tanpa henti. – BERNAMA

Tags: MH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd