• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Ditahan, Polis Rampas Dadah Bernilai RM1.3 Juta

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan merampas dadah jenis ketamin bernilai RM1.3 juta dalam serbuan di sebuah hotel di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam serbuan Isnin lepas itu, dua lelaki tempatan berusia 40 tahun turut diberkas.

“Suspek pertama ditahan pada 3.40 petang di lobi hotel manakala suspek kedua ditahan di tempat letak kereta hotel itu pada 4.10 petang.

“Ketika ditahan suspek kedua sedang membawa bungkusan kotak yang di dalamnya terdapat dadah disyaki serbuk putih ketamin seberat 25.2 kilogram,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata dadah berkenaan diimport dari negara China untuk dijual di pasaran tempatan.

Katanya, modus operandi yang digunakan suspek untuk import bahan terlarang itu ke negara ini adalah menggunakan perkhidmatan kurier antarabangsa bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Pada masa sama, Mohd Mokhtar berkata polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios, sebuah motosikal, seutas jam tangan berjenama dan wang tunai 40,000 Yuan Renminbi (RM25,200).

“Mengikut rekod PDRM, pada tahun lepas ketamin dijual sekitar RM25,000 sekilogram tetapi memandangkan permintaan tinggi di negara ini ia dijual RM50,000 sekilogram pada tahun ini,” katanya.

Katanya kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesaslahan. – BERNAMA

Tags: dadah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd