• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mizz Nina Hos Rancangan Islamik Di TV AlHijrah

oleh AK-47
11/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Stesen TV AlHijrah bakal menyiarkan sebuah rancangan baru berjudul INTO TAQWA WITH MIZZ NINA yang akan memulakan siarannya pada 20 Mac ini, setiap Ahad jam 2 petang selama 60 minit.

Ia merupakan sebuah program bual bicara bahasa Inggeris terbitan dalaman stesen itu menampilkan Mizz Nina, selebriti terkenal tanah air selaku pengendali rancangan, kata pihak Jabatan Komunikasi Korporat TV AlHijrah.

“Objektif utama penerbitan rancangan ini adalah untuk beri garis panduan dan bantuan kepada masyarakat Muslim seluruh dunia amnya dan Malaysia khasnya dalam menangani isu kehidupan seharian sebagai umat Islam.

“Justeru, tajuk perbincangan menerusi INTO TAQWA WITH MIZZ NINA ini akan berkisar sekitar isu wanita, kekeluargaan, perkahwinan, hubungan dengan Yang Esa dan pelbagai isu menarik lain,” kata pihak TV AlHijrah.

Majlis pengenalan program rancangan terbaharu itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif stesen TV AlHijrah, Datuk Che Wan Alias Che Wan Abdullah, di sini hari ini.

DSC_8815
Che Wan Alias Che Wan Abdullah.

Antara tajuk yang sudah dipilih bagi mengisi sepanjang 13 episod siaran tersebut adalah Taqwa, Forgivness, Ego and Anger Management, When will the Help of Allah come? dan I Tried But I Keep Messing Up.

Menariknya, selain penampilan pertama Mizz Nina selaku hos, INTO TAQWA WITH MIZZ NINA turut menampilkan barisan tokoh Islamiyah yang akan mengupas dan berkongsi pengalaman berharga mereka.

Ia turut bersesuaian dengan tajuk perbincangan dengan tokoh-tokoh yang dijemput itu adalah Sheikh Daood Butt, Mislim Belal, Sheikh Issam Rajab, Haleh Banani dan Dr. Mona Yati Md. Kassim.

Beberapa orang mualaf atau saudara baharu turut dijemput bagi berkongsi pengalaman bernilai sepanjang pencarian Nur Ilahi yang akhirnya menemukan mereka dengan hidayah Islam.

Ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Islam Malaysia untuk menghargai hakikat bahawa mereka sangat bertuah dilahirkan sebagai sudah beragama Islam.

Tambah menarik penampilan istimewa Mufti Menk sebagai panel jemputan dalam segmen Halaqah membicarakan tajuk sekitar Ramadan seperti ‘Ettiquestes of Fasting’ dan ‘Getting into the Spirit of Ramadhan’.

Jangan lupa untuk menonton INTO TAQWA WITH MIZZ NINA, eksklusif dibawakan kepada anda oleh TV Alhijrah bermula pada 20 Mac 2016 jam 2 petang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: islamMizz Ninapengacarapenyanyitelevisyen
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

Firdaus Wong Tegur NGO Islam, Masjid, Surau Anjur Perayaan Agama Lain

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mengkritik badan bukan kerajaan (NGO) Islam, masjid dan surau yang 'terhegeh-hegeh' menganjurkan...

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

Eric Lau Pilih Islam, ‘Jalan Pulang Sentiasa Terbuka Bila Hati Sudah Bersedia’ – Hanafiah

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Satu kisah menyentuh hati dikongsikan Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd