• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepimpinan Terengganu Mampu Selesaikan Masalah Politik Negeri

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yakin kepimpinan negeri itu mampu menyelesaikan kontroversi politik susulan cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman, semalam.

“Saya fikir mereka tahu selesaikannya. Speaker memang berhak membuat keputusan (menolak usul undi tersebut).

“Saya tidak ada di sana semalam. Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku. Saya hanya Naib ketua, bukan Ketua UMNO Bahagian pun sekarang,” katanya ringkas sebagai mengulas tindakan bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said yang mencadangkan usul undi berkenaan.

Idris, yang juga Menteri Pendidikan Tinggi ditemui media di lobi Parlimen, di sini.

Ahmad yang juga ADUN Kijal mencadangkan usul itu sebelum mengakhiri perbahasannya pada sesi perbahasan atas titah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ahmad memberi alasan bahawa ada konspirasi untuk memburukkan nama beliau dalam politik dan sebagai wakil rakyat.

Cadangan usul itu bagaimanapun diketepikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Mohd Zubir Embong yang memutuskan bahawa ia dibuat tanpa notis dan melanggar peraturan DUN.

Idris menyandang jawatan menteri besar Terengganu dari tahun 2004 hingga 2008, manakala Ahmad memegang jawatan itu dari 23 Mac 2008 sehingga 12 Mei 2014. – BERNAMA

Tags: Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

15/12/2018
0

BESUT - “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar...

UMK Universiti Pertama Pemangkin Keusahawanan Sosial

01/04/2018
0

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri pada hari ini selepas dipilih Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd