• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Usul Undi Tidak Percaya Tidak Boleh Dibuat Secara ‘Serang Hendap’

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebarang usul undi tidak percaya tidak wajar dibuat secara “serang hendap”, sebaliknya harus dimaklumkan melalui notis kepada dewan terlebih dahulu, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Merujuk kepada kes “usul” undi tidak percaya yang dicadangkan terhadap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu semalam, beliau berkata ia tidak sepatutnya berlaku dalam negara demokrasi moden seperti Malaysia.

“Untuk buat undi tidak percaya, tidaklah sesiapa sahaja apatah lagi seseorang yang cukup berpengalaman berdiri dan selepas itu bawa usul.

“Seolah-olah itu adalah serang hendap, tengok kalau ada pihak sebelah sana yang tidak hadir dan anda terus berdiri. Dalam demokrasi tiada tipu menipu,” katanya dalam ucapan ketika merasmikan Menara Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, hari ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal Datuk Seri Ahmad Said, yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, semalam mencadangkan usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif sebelum mengakhiri perbahasannya pada sesi perbahasan atas titah ucapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin merasmikan persidangan DUN ke-13.

Bagaimanapun, speaker DUN Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong menolak “usul” itu.

ADUN Kijal itu mengemukakan alasan bahawa terdapat konspirasi untuk memburukkan nama beliau dalam politik dan sebagai wakil rakyat. – BERNAMA

Tags: Pandikar Amin Muliaserang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

5 Lelaki Warga Asing Ditembak Cuba Serang Penguat Kuasa

5 Lelaki Warga Asing Ditembak Cuba Serang Penguat Kuasa

25/01/2025
0

Kuala Langat : Lima lelaki warga asing yang ditembak di perairan Tanjung Rhu, Banting, semalam dilaporkan cuba menyerang pegawai Agensi...

Serang Dan Pukul Polis, Pesakit Mental Ditahan

Serang Dan Pukul Polis, Pesakit Mental Ditahan

19/11/2024
0

Iskandar Puteri : Lelaki tempatan yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental ditahan selepas didapati menyerang dan memukul dua anggota polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd