• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hishammuddin Tiada Kaitan Kontrak Diterima Adiknya

oleh AK-47
17/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin hari ini menjelakan, kontrak yang diperolehi syarikat milik adiknya, Datuk Haris Onn Hussein tidak terletak di bawah seliaannya.

Justeru beliau berkata, tidak timbul sebarang isu tentang konflik kepentingan dalam perkara itu.

Semalam, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mempersoalkan kontrak berkenaan yang dikatakan bernilai RM77 juta dan diperolehi syarikat Lembah Sari Sdn Bhd yang dimiliki Haris Onn.

“Penting untuk kita tahu, beliau tidak menerima sebarang kontrak dari mana-mana kementerian yang saya pernah pimpin dahulu atau sekarang.

“Jadi isu konflik kepentingan yang amat saya ambil berat, tidak timbul,” kata Hishammuddin memetik laporan portal Malaysiakini hari ini.

Selain itu, beliau berkata tiada pengetahuan sama ada benar adiknya berjaya memperolehi kontrak berkenaan seperti didakwa Pakatan Rakyat (PR).

“Saya tidak ada pengetahuan dan tidak ada kaitan langsung dengan apa yang adik saya lakukan.

“Kalau sekiranya ada perkara yang tak kena, minta dia jawab dan saya tak akan mempertahankan dia kalau salah,” katanya.

Memetik laporan The Malaysian Insider (TMI) pula, akhbar mingguan perniagaan The Edge pada 12 September lepas melaporkan bahawa syarikat Lembah Sari Sdn Bhd diberikan kontrak untuk mereka, mencetak, menyimpan, membekal dan mengedarkan label keselamatan cukai untuk produk alkohol termasuk beer.

Kontrak itu diberikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Selain itu, syarikat berkenaan akan turut membekalkan alat untuk menentukan kesahihan label dan latihan kepada kakitangan Kastam.

Surat pengesahan pelantikan Lembah Sari diterima daripada Kastam pada 21 Julai lepas.

Laporan The Edge menyebut, dengan penganugerahan kontrak itu Haris yang turut mengendalikan Lebuh Raya DUKE kini telah memonopoli pembekalan label sekuriti untuk produk rokok tempatan dan import termasuk arak dan beer di dalam negara.

Artikel tulisan  di ruangan ‘Side View’ di TMI turut menyebut bahawa golongan ahli politik elit di Malaysia telah melakukan urusan berkaitan kontrak seperti ini untuk tempoh masa lama dan tersembunyi daripada pengetahuan orang ramai.

“Anda tidak memerlukan pengetahuan atau ilmu khas untuk mendapat kontrak yang mewah, apa anda perlu lakukan ialah menggunakan kesempatan sepenuhnya akan hubungan dengan pemimpin dan, anda akan menjadi kaya serta-merta,” katanya.

Menurut laporan itu Haris Onn yang mendapat pendidikan di Cambridge, datuknya ialah Datuk Onn Jaafar dan bapanya bekas Perdana Menteri ketiga Allahyarham Tun Hussein Onn.

PetikanTMI

Petikan skrin artikel TMI

Bapa saudaranya pula adalah bekas Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak dan juga sepupu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abangnya adalah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sekali gus meletakkan Haris Onn di platform paling ideal untuk menerima kontrak lumayan. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: arakHishammuddinKastam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

Program MOTAC Hidang Arak? – Firdaus Wong

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempersoalkan sama ada satu program anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd