• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Peluang Lihat Gerhana Matahari Separa Esok

oleh Ahmad Albab
08/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Fenomena gerhana matahari separa yang dijangka berlaku esok boleh mencapai litupan maksimum sehingga 87 peratus di negeri ini, kata Exco Persatuan Astronomi Sarawak, Rambli Ahmad.

Beliau berkata berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Negara (Angkasa), litupan paling tinggi itu akan dapat dilihat di Kuching.

“Gerhana matahari separa ini dapat dilihat di mana-mana sahaja kawasan di negeri ini. Rakyat di negeri ini berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa bermula 7.24 pagi dan berakhir 9.31 pagi,” katanya kepada pemberita di Planetarium Sultan Iskandar, di sini hari ini.

Rambli berkata fenomena esok adalah satu-satunya fenomena gerhana matahari separa yang akan dapat disaksikan di Malaysia tahun ini atau perlu menunggu sehingga 26 Dis 2019 untuk berpeluang menyaksikannya sekali lagi.

“Orang ramai boleh datang ke Planetarium ini untuk melihat fenomena tersebut, kita akan sediakan ‘Meade Telescope 8 inch’ bagi tujuan tersebut.

“Selain itu orang ramai boleh melihat fenomena ini di mana-mana sahaja. Bagaimanapun, orang ramai dilarang melihat terus ke arah matahari tanpa penuras yang sesuai kerana ia boleh menyebabkan mata menjadi buta kekal,” katanya.

Rambli berkata untuk sebarang perkembangan terkini berkenaan gerhana matahari separa ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter: Agensi Angkasa Negara (ANGKASA). – BERNAMA

Tags: gerhana matahari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Telur Boleh Berdiri Ketika Gerhana Matahari

11/03/2016
0

KUALA LUMPUR - Orang ramai berasa teruja melihat beberapa butir telur ayam yang mampu 'boleh berdiri' ketika berlaku fenomena gerhana...

Pelajar Teruja Bangun Awal Saksikan Gerhana Matahari

10/03/2016
0

SETIU - Teruja ingin melihat fenomena gerhana matahari separa, penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sanggup bangun seawal pukul 5...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd