• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Teruja Bangun Awal Saksikan Gerhana Matahari

oleh Ahmad Albab
10/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Teruja ingin melihat fenomena gerhana matahari separa, penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) sanggup bangun seawal pukul 5 pagi untuk ke Balai Cerap UniSZA di sini.

Fatimah Hassan, 23; yang mengikuti subjek Falak berkata beliau dan rakan-rakan sangat teruja dapat melihat gerhana matahari menggunakan peralatan disediakan di balai cerap berkenaan termasuk teleskop dan kamera.

“Alhamdulillah, hari ini saya dan kawan-kawan berpeluang lihat gerhana matahari yang berlaku dan ini kali pertama saya berpeluang melihat sendiri kebesaran ciptaan Allah yang memang jarang-jarang berlaku.

Semalam, memang tak lena tidur sebab takut tak terjaga nak datang ke sini… saya bangun seawal 5 pagi dan kami bertolak pukul 6 pagi dan sampai di balai cerap ini seawal 6.45 pagi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, Pensyarah Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (Eseri) UniSZA, Dr. Roslan Umar berkata cuaca baik membolehkan gerhana matahari dapat dilihat di balai cerap berkenaan seawal pukul 7 pagi.

“Dengan keadaan cuaca yang sangat baik, kita dapat lihat secara jelas setiap fasa gerhana matahari yang berlaku sejak pukul 7.25 pagi sehingga pukul 8.45 gerhana separa penuh.

Gerhana matahari separa ini dapat dilihat sebanyak 71.1 peratus di Terengganu dan kita turut merakamkan setiap fasa gerhana hari ini,” katanya.

Sementara itu, lebih 200 pelajar sekolah dan penuntut UniSZA dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengunjungi balai cerap berkenaan untuk melihat gerhana matahari dan solat sunat gerhana secara berjemaah.

gerhana1

Di SEREMBAN , 1,500 umat Islam yang terdiri daripada penjawat awam dan orang ramai membanjiri Masjid Negeri dekat sini seawal pukul 7 pagi bagi melaksanakan solat sunat gerhana matahari yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Mohd. Nidzar Nor Mohamd.

Pengarah Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Datuk Selamat Paigo memberitahu Bernama, selain Masjid Negeri, seluruh masjid di negeri ini turut digalakkan mengadakan solat sunat gerhana matahari bermula pada pukul 8.30 pagi.

Sementara itu, kira-kira 400 orang membanjiri Balai Cerap Telok Kemang di Port Dickson sejak 6.30 pagi untuk melihat dan merakamkan fenomena gerhana matahari.

Di LANGKAWI, kejayaan menegakkan telur ayam semasa gerhana matahari separa adalah antara aktiviti yang mengujakan bagi pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Menghulu di sini sewaktu program pencerapan anjuran Observatori Negara Langkawi (ONL).

Fenomena yang berlaku ekoran peningkatan graviti semasa gerhana itu menjadi pengalaman menarik bagi para pelajar berkenaan yang rata-ratanya belum pernah menyaksikan kejadian itu sebelum ini.

“Ia merupakan peluang yang tidak selalu berlaku yang dapat dipelajari oleh pelajar-pelajar muda ini,” kata Penolong Pegawai Sains ONL, Karzaman Ahmad semasa ditemui dalam program itu di sini hari ini. – BERNAMA

Tags: gerhana mataharipelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd