• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Sekat 52 Laman Web Sejak Penubuhan J/kuasa Khas Jan Lepas

oleh Ahmad Albab
08/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 52 laman web dan media baharu telah disekat dan 14 kes penyalahgunaan media sosial disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak penubuhan Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial pada Januari lepas.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata penubuhan jawatankuasa khas itu adalah untuk memperkukuhkan mekanisme kawal selia terhadap penyalahgunaan internet dan media baharu.

“Jawatankuasa dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), SKMM dan Jabatan Peguam Negara,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Katanya penubuhan jawatankuasa khas itu bertujuan memastikan tindakan tegas dikenakan terhadap pihak yang menggunakan media sosial untuk menyemai kebencian terhadap institusi kerajaan dan bagi mengelakkan media sosial menjadi punca pencetus kekacauan melalui penyebaran pembohongan, kebencian dan kumpulan ekstremis agama.

Jailani menjawab soalan Datuk Sapawi Ahmad Wasali (BN-Sipitang) tentang langkah diambil kementerian dalam membendung penyalahgunaan media sosial khususnya aplikasi WhatsApp, untuk mencetuskan suasana kegusaran dan kerisauan dalam kalangan orang ramai, terutamanya berkaitan aspek keselamatan.

Beliau berkata secara keseluruhan, sehingga Februari 2016 sebanyak 22 kes telah disiasat oleh SKMM terhadap penyalahgunaan internet dan media baru, dan 399 laman telah disekat.

Menurutnya laman web yang disekat terdiri daripada laman web perjudian, penipuan, pelacuran dan yang memaparkan kandungan lucah, jelik, palsu dan sebagainya. – BERNAMA

Tags: laman webSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd