• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hayati Ajaran Islam Untuk Atasi Keruntuhan Moral – Adenan Satem

oleh Ahmad Albab
08/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Masyarakat Islam digesa supaya menghayati ajaran Islam mengenai akhlak bagi mengatasi gejala keruntuhan moral yang semakin membimbangkan dalam kalangan generasi masa kini, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata punca keruntuhan itu sebahagian besarnya adalah kerana kurangnya kefahaman mengenai ajaran Al-Quran dan sekiranya tidak ditangani segera akan membawa padah kepada masyarakat.

“Dengan menghayati ajaran Al-Quran, gejala keruntuhan moral akan dapat dihapuskan,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan pada majlis perasmian Tilawah Al-Quran peringkat negeri di Dewan Kompleks Islam di sini, Isnin malam.

Teks disampaikan oleh Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Seramai 24 peserta qariah dan qariah mengambil bahagian dalam majlis tilawah itu yang berlangsung sehingga 10 Mac.

Adenan berkata Al-Quran merupakan panduan dan pembina akhlak mulia walaupun bagi masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Ini kerana akhlak yang dimuliakan oleh Islam tidak bertentangan dengan konsep yang sama bagi masyarakat bukan Islam, walaupun penekanannya mungkin berbeza,” katanya.

Beliau berkata umat yang maju di dunia dan akhirat adalah terdiri daripada mereka yang memiliki ciri-ciri akhlak mulia di samping mampu membangunkan tamadun tinggi seperti dibuktikan pada zaman Nabi Muhammad SAW.

Namun katanya, tamadun Islam akan menjadi luntur apabila ajaran Al-Quran dibelakangkan atau disalahtafsirkan demi kepentingan pihak-pihak tertentu.

Adenan berkata masyarakat sesebuah negara yang menghayati dan mengamalkan ciri-ciri akhlak mulia mampu hidup dalam keadaan aman, sejahtera dan menikmati kestabilan politik, kemantapan ekonomi serta kemajuan negara. – BERNAMA

Tags: Adenan Satemislam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyebaran Ajaran Islam Hendaklah Dilaksanakan Melalui Saluran Yang Beretika, Berhemah – Senator DAP

Penyebaran Ajaran Islam Hendaklah Dilaksanakan Melalui Saluran Yang Beretika, Berhemah – Senator DAP

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran ajaran Islam di negara ini hendaklah dilaksanakan melalui saluran yang beretika, berhemah dan tidak melibatkan institusi...

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS perlu meneliti semula cadangan awal Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd