• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370 Seperti Hampir Akan Ditemui – Martin Dolan

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pegawai Australia yang mengetuai pencarian kehilangan MH370 memberitahu kepada Guardian, pesawat Malaysia Airlines itu akan ditemui tahun ini.

Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan berkata, pesawat itu ‘seperti hampir’ ditemui dalam tempoh empat bulan akan datang dengan usaha pencarian kini memasuki fasa akhir.

Empat buah kapal digunakan untuk pencarian yang meliputi lebih 85,000sq km panjang dan lebar 120,000sq km dari dasar laut.

“Kami telah mencari hampir tiga suku daripada kawasan pencarian, yang meningkatkan kemungkinan ia ada di kawasan yang belum kami terokai lagi di situ,” jelasnya kepada Guardian.

Pesawat Boeing 777 Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada awal pagi 8 Mac 2014, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada Julai lalu, satu serpihan sayap telah dijumpai dari jarak ribuan kilometer dengan kawasan pencarian dan disahkan sebagai serpihan dari MH370 yang menjadi bukti pertama bahawa pesawat itu jatuh.

Manakala minggu lalu dua keping serpihan terbaharu ditemui, namun ia belum disahkan sama adalah objek dari MH370 atau sebaliknya. – mStar Online

Tags: AustraliaMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

Sekurang-kurangnya 11 Maut Dalam Insiden Tembakan Pantai Bondi, Australia

14/12/2025
0

SYDNEY, 14 Disember – Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan maut dalam satu insiden tembakan yang menggemparkan Bondi Beach, antara pantai paling...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd