• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, September 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Platform ‘Deklarasi Mahathir’ Bawa Agenda Bebaskan Anwar

oleh Ahmad Albab
09/03/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan kini jelas menggunakan platform ‘Deklarasi Mahathir’ untuk membawa agenda pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara kerana kesalahan meliwat.

Agenda ini tidak terkandung dalam deklarasi asal yang ditandatangani dan diumumkan Jumaat lepas.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata agenda itu akan menjadi agenda utama dalam perhimpunan mansuh Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Perhimpunan Muafakat Selamat Malaysia pada 2 April ini.

“Pakatan Harapan hari ini menetapkan bahawa agenda pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama yang akan dibawa bersama agenda reformasi yang lain,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Jumaat lepas, bekas perdana menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang menandatangani deklarasi itu, menyokong penyingkiran Najib daripada jawatan perdana menteri.

Termasuk dalam kumpulan itu bekas timbalan presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas Presiden MCA Tun Dr. Ling Liong Sik, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan veteran DAP Lim Kit Siang.

Dr Wan Azizah juga mendakwa Dr Mahathir sebenarnya memerlukan sokongan pembangkang dalam membawa agenda menyingkirkan Najib berbanding persepsi bahawa pembangkang menumpang pengaruh bekas perdana menteri itu.

“Dr Mahathir tidak kuat dan beliau memerlukan bantuan kami,” katanya. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimMahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd