• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serpihan Kedua Dipercayai Mungkin Milik MH370 – Ab Aziz

oleh Ahmad Albab
08/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Serpihan kedua yang ditemui di pulau La Reunion, milik Perancis yang terletak di Lautan Hindi pada Khamis lepas dipercayai mungkin milik pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370,” kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

“Kita boleh menjangkakan ini kerana berdasarkan pengiraan kemungkinan serpihannya hanyut boleh berlaku kerana ia perlu berada di sekitar kawasan itu.

“Jadi mana-mana serpihan yang ditemui di kawasan itu secara tentatifnya mungkin adalah daripada MH370. Ia akan disahkan selepas ini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

BACA: “Penat Sudah 2 Tahun Menunggu” – Ibu Mangsa MH370

Objek berukuran kira-kira 40 kali 20 sentimeter itu ditemui di tepi pantai pada Khamis lepas.

AFP melaporkan bahawa serpihan itu ditemui oleh Johnny Begue ketika dia keluar berjoging di tepi pantai.

Menurut agensi berita itu, Begue juga merupakan orang yang menemui ‘Flaperon’, serpihan sayap pesawat daripada pesawat yang hilang itu, semasa membersihkan pantai pada Julai tahun lepas.

Selain itu Ab Aziz berkata, sepasukan tiga anggota dari Malaysia telah dihantar ke Mozambique untuk mengesahkan sama ada bahagian yang ditemui itu adalah milik MH370.

Pesawat Boeing 777 Penerbangan MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal hilang pada awal pagi 8 Mac 2014, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Esok (Selasa) menandakan tempoh dua tahun kehilangan misteri pesawat itu meskipun usaha pencarian besar-besaran dilakukan di dasar laut di selatan Lautan Hindi oleh pihak berkuasa Australia, Malaysia dan China. – mStar Online

Tags: Aziz KaprawiMH370
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd