• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM Jangan `Senget’ Isu Agihan Tiket JDT Vs Terengganu

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diminta tidak berat sebelah dalam kemelut pengagihan tiket perlawanan peringkat suku akhir Piala Malaysia 2014 antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu di Stadium Larkin malam ini.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, FAM tidak boleh berdiam diri kerana perkara tentang pengagihan tiket kepada penyokong pasukan yang bertanding terkandung dalam peraturan bola sepak Malaysia.

“Kemelut tiket Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan JDT berundinglah baik-baik. Ia tidak perlu kusut. Jika buntu sila rujuk buku peraturan Liga Malaysia.

“Di dalamnya sudah ada peraturan bertulis mengenai hal ini. Tiada keraguan hal ini. FAM perlu selaraskan peraturan. Jangan senget atau membisu,” sindirnya dalam satu kenyataan hari ini.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) semalam mengumumkan tidak berganjak dengan keputusannya memperuntukkan 100 tiket kepada penyokong Terengganu bagi menyaksikan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos malam ini.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya berkata, keputusan tersebut adalah muktamad dan 100 tiket merupakan jumlah yang biasa diberikan oleh mana-mana persatuan kepada penyokong lawan dalam mana-mana perlawanan sebelum ini.

Keputusan itu mendapat bantahan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abd. Rahman yang menyifatkan pengagihan itu tidak adil sedangkan beliau telah berjanji mahu memberi sebanyak 2,000 tiket percuma untuk penyokong Terengganu.

FAM baru-baru ini menjelaskan pengagihan tiket perlawanan terserah kepada hak PBNJ selaku tuan rumah.

Untuk rekod JDT dalam beberapa perlawanan sepanjang tahun ini pernah menghadapi nasib serupa apabila penyokong Harimau Selatan hanya diberi peruntukan 100 tiket sewaktu bertandang ke tempat lawan. – mynewshub.cc

Tags: Annuar MusaFAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd