• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Diundi Bertemu JDT Pada Suku Akhir Piala FA 2016

oleh Ahmad Albab
06/03/2016
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan berstatus kelab, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diundi bertemu juara Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan suku akhir Piala FA 2016.

PDRM melayakkan diri ke suku akhir selepas menyekat kemaraan pendahulu Liga Super, Selangor dengan kemenangan 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka dalam saingan pusingan ketiga, Jumaat lepas.

Sementara itu, JDT melangkah dengan bergaya ke suku akhir selepas menang selesa 4-1 ke atas Negeri Sembilan.

Dalam majlis undian yang berlangsung di Theatrette, Sri Pentas dan disiarkan secara langsung di TV9 hari ini, turut menyaksikan dua lagi pasukan berstatus kelab dari saingan Liga Perdana musim ini, Sime Darby FC diundi menerima kunjungan PKNS FC.

PKNS FC melakar kejutan selepas menewaskan pasukan handalan Liga Super, Felda United FC dengan kemenangan tipis 3-2 untuk mara ke suku akhir manakala Sime Darby pula menyingkirkan saingan Pahang dengan kemenangan 1-0 semalam.

Sementara itu, dalam dua lagi undian, juara Piala FA 1995, Sabah diundi bertemu pasukan Kedah manakala Perak akan bertemu Kuala Lumpur.

Saingan suku akhir Piala FA akan berlangsung secara timbal-balik dengan pusingan pertama berlangsung pada 18 dan 19 Mac ini manakala pusingan kedua pada 1 dan 2 April depan. – BERNAMA

Tags: PDRMPiala FA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

Inspektor Polis, Isteri Maut Nahas Dua Kereta Di Jalan Kuantan-Segamat

27/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PEKAN – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor bersama isterinya maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kilometer...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd