• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Buru Kereta No Plat Pelik, Guna Lampu ‘Putih’ Mulai 1 November Ini

oleh Ahmad Albab
22/11/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bermula 1 November ini Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengadakan operasi khas terhadap kesalahan berkaitan nombor pendaftaran, penggunaan Strobe Light dan Lampu HID terhadap pengguna kenderaan di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad, berkata operasi bersepadu itu akan dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi mengesan pengguna kenderaan yang melanggar kesalahan berkenaan.

Beliau berkata, bagi tiga kesalahan berkenaan, pengguna yang dikesan akan diberi saman dan notis larangan serta merta.

“Saman dan notis larangan itu dikenakan di bawah Kaedah 94 Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 dimana kompaun bermula dari RM70 hingga RM100 jika dibayar dalam tempoh dua minggu.

“Manakala, jika kompaun berkenaan tidak dibayar dalam tempoh dua minggu maka, kompaun berkenaan akan meningkat antara maksimum RM200 hingga RM250 selepas sebulan tidak dibayar,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Katanya, pihaknya juga menetapkan tempoh sehingga 1 Mei tahun depan bagi mematuhi peraturan cermin gelap menerusi Kadar ketelusan cahaya (Visible Light Transmittance -VLT) yang sudah ditetapkan. – BH Online

Tags: JPJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd