• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawasan Tanah Gambut Terbakar Akibat Aktiviti Pertanian

oleh Ahmad Albab
04/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Tanah gambut seluas kira-kira 800 meter persegi berhampiran Kilometer 27.4 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini terbakar sejak enam hari lepas dipercayai untuk tujuan pertanian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Yahya Mohd Sham berkata pihaknya berhadapan cabaran memadam kebakaran itu sepenuhnya ekoran keadaan tanah gambut berkenaan serta kekangan mendapatkan bekalan air.

Menurutnya dalam operasi yang bermula pada 2.30 petang Rabu lepas, pihaknya menggunakan dua jentera untuk memadamkan api pada jarak 150 meter namun api tetap marak kira-kira 200 meter ke dalam tanah.

“Kita percaya kawasan itu sengaja dibakar pihak tertentu untuk aktiviti pertanian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yahya berkata pihaknya kini turut mendapatkan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang, Pejabat Pegawai Daerah, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan kerajaan negeri Selangor dengan membuka bilik operasi 24 jam di kawasan kejadian.

“Usaha pemadaman api diteruskan dengan membina saliran di kawasan kebakaran menggunakan empat jentolak berantai milik TNB,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengatakan kejadian itu berpunca daripada perbuatan khianat. – BERNAMA

Tags: Kebakaran hutan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

Indonesia Buat Pembenihan Awan Tangani Kebakaran Hutan

03/03/2024
0

JAKARTA: Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia bersama pihak berkepentingan bersiap sedia melaksanakan strategi pembenihan awan yang dijangka bermula bulan...

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

14 Maut Kebakaran Hutan Di Kazakhstan

11/06/2023
0

ASTANA: Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kebakaran hutan besar-besaran berlaku di timur laut Kazakhstan. Ikuti Mynewshub: Telegram Ia merupakan angka kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd