• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Waris Penumpang Saman MAS, Tuntut Ganti Rugi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Waris kepada 12 penumpang Malaysia, Rusia, China dan Ukraine yang menaiki pesawat MH370 hari ini memfailkan saman kecuaian terhadap Malaysia Airlines System Berhad (MAS) bagi menuntut ganti rugi berhubung kehilangan anggota keluarga mereka semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Dua waris warga Ukraine, Tetiana Yevhenivna Chustrak dan Natalia Viktorvna Bragina-Deika, yang masing-masing balu kepada Oleg Volodymyrovych Chustrak dan Sergii Grygorovych Deineka memfailkan saman itu melalui Tetuan Ranjit Singh & Yeoh.

Mengikut pernyataan tuntutan, Oleg, 44, dan Sergii, 44, adalah rakan kongsi sebuah syarikat perabot yang menaiki pesawat MH370 sebelum dilaporkan hilang dan dianggap terkorban bersama 239 penumpang dan anak kapal pada hari itu.

Tetiana menamakan tiga anaknya sebagai plaintif manakala Natalia menamakan anaknya dan ibu bapa suaminya sebagai plaintif.

Mereka berkata walaupun kesemua plaintif menetap di luar Malaysia, mereka mengambil tindakan itu di Malaysia kerana mereka berhak berbuat demikian mengikut Akta Pengangkutan Melalui Udara 1974 (CAA).

Mereka mendakwa mengikut peruntukan CAA, MAS bertanggungjawab terhadap mangsa kerana mereka merupakan penumpang di dalam pesawat penerbangan MH370 itu dan juga plaintif bagi kerugian yang dialami mereka.

Memandangkan Oleg dan Sergii mempunyai pendapatan tahunan sebanyak US$2 juta (RM8,256,715), plaintif berkenaan menuntut ganti rugi am, ganti rugi kehilangan sokongan kewangan, khas, kesedihan, kos dan relif lain yang wajar oleh mahkamah.

Selain itu, seramai 10 waris lagi terdiri daripada lapan warga Malaysia, seorang warga China dan seorang warga Rusia memfailkan saman itu melalui Tetuan Karpal Singh & Co.

Mereka ialah Tan Teik Hin, Guan Hua Jin, Anne Catherine Daisy, Wan Hock Khoon, Yap Chee Meng, Muzi Yusop, Suhaili Mustafa, Sim Keng Wei, Ju Kun (China) dan Nikolai Brodskii (Rusia).

Menurut peguam Sangeet Kaur Deo, yang mewakili mereka, saman itu berhubung kecuaian, pelanggaran kontrak penerbangan dan pelanggaran tanggungjawab statutori.

Mereka menamakan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai defendan.

Sehingga kini, sebanyak 16 tuntutan saman dikemukakan oleh waris keluarga mangsa terhadap syarikat penerbangan itu.

Berdasarkan Konvensyen Montreal, waris penumpang mempunyai masa dua tahun untuk mengemukakan tindakan undang-undang berhubung tragedi MH370 dan tempoh itu akan berakhir pada 8 Mac ini.

Pada 24 Mac 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataan rasminya menyatakan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi.

Pada 29 Januari 2015, Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan bahawa kehilangan pesawat itu diisytiharkan sebagai kemalangan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa.

Azharuddin berkata kesemua penumpang dan anak kapal pesawat itu itu dianggap terkorban dalam insiden berkenaan. – BERNAMA

Tags: MH370saman
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd