• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Muar Harap Muhyiddin Terus Beri Sumbangan Kepada Parti & Rakyat

oleh Ahmad Albab
04/03/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – UMNO Bahagian Muar berharap dengan keputusan kekal dalam parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus memberi sumbangan kepada parti dan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Muar Datuk Razali Ibrahim berkata pihaknya menyambut baik keputusan Muhyiddin semalam untuk terus berada dalam UMNO.

Semalam, Muhyiddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh dalam satu sidang media khas bersama-sama Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan untuk terus kekal dalam parti kerana mahu memperbaiki parti dari dalam.

“Menjadi tanggungjawab utama semua ahli parti untuk memastikah bahawa UMNO terus kekal sebagai kerajaan.

“Kita harap Muhyiddin akan terus memberi sumbangan dalam usaha memperkukuhkan parti dalam apa jua peringkat termasuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 nanti,” kata Razali selepas menghadiri Program Mengubah Destini Anak Bangsa di Bangunan UMNO Bahagian Muar di sini hari ini.

Razali berkata UMNO Bahagian Muar turut tidak terkecuali untuk bekerja keras bagi memastikan parti tetap relevan dan terus mendapat kepercayaan semua lapisan masyarakat khususnya dalam kalangan orang Melayu serta Bumiputera di negara ini.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata usaha memperkasakan UMNO perlu dilakukan secara menyeluruh bagi memastikan kebajikan rakyat pada masa kini dan masa hadapan terus terpelihara.

Mengenai Program Mengubah Destini Anak Bangsa, Razali berkata ia merupakan sesi khidmat nasihat berkaitan pemilihan jurusan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

“Pelajar lepasan sekolah perlu dibimbing…kita tidak mahu mereka tersalah membuat pilih bidang pengajian ketika membuat pemohonan sehingga menyebabkan mereka tercicir memasuki universiti ” katanya. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd