• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Kurator Muzium PDRM Bebas Tuduhan Palsu Dokumen

oleh Ahmad Albab
04/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pesara Kurator Muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) melahirkan rasa syukur sebaik sahaja Mahkamah Sesyen di sini hari ini, melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan memalsukan dokumen berhubung pembayaran perbelanjaan majlis PDRM, lima tahun lalu.

Bekas Superintendan Syed Zainal Abidin Syed Zin, 61, kemudiannya bersalaman dan memeluk keluarganya yang turut menangis di galeri awam mahkamah, sebaik sahaja mendengar keputusan itu.

Hakim Alaudeen Ismail membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi Syed Zainal Abidin.

“Selepas meneliti hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan serta merujuk kepada keterangan saksi pihak pendakwaan dan pihak pembelaan, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.

Mahkamah juga memerintahkan supaya wang jaminan RM5,000 dikembalikan kepada penjamin dan pasport dipulangkan kepada tertuduh yang memakai baju kemeja kelabu dan berseluar hitam.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 10 saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan.

Syed Zainal Abidin didakwa memalsukan dokumen surat PDRM bertajuk ‘Tuntutan Bayaran Bagi Majlis Penganugerahan Balai League Table Siri 1/2011’ dan ‘Pameran PDRM sempena GPEC 2011’.

Dia didakwa berbuat demikian untuk melakukan penipuan bahawa Syarikat Secure Channel Sdn Bhd iaitu syarikat yang mengendalikan majlis itu perlu membayar RM18,278.20 bagi bil-bil perbelanjaan yang belum diselesaikan untuk dua majlis berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Muzium PDRM, di sini pada 23 Dis 2011 mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh manakala Syed Zainal Abidin diwakili peguam Ahmad Faris Khairudin. – BERNAMA

Tags: kes mahkamahpecah amanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

P Ramasamy Didakwa Pecah Amanah Hampir RM860,000

14/05/2025
0

Butterworth: Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini,...

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

Bekas Pengurus Besar Koperasi Polis Didakwa Pecah Amanah

05/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengurus besar anak syarikat Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd