• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Pegawai Polis Didakwa Peroleh Suapan RM17,000

oleh Ahmad Albab
04/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Tujuh pegawai polis didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas tiga pertuduhan cuba dan memperoleh rasuah daripada seorang lelaki membabitkan RM17,000 tahun lepas.

Bagi pertuduhan pertama, ASP Muharishanizam Abas, Inspektor Mohd Edzrin Ferdini Mansor dan Koperal Low Guo Tzong yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, serta Sarjan Harun Ahmad, Lans Koperal Mohammad Amirul Akmal Mohamad Khir dan Lans Koperal Muhammad Azman Mohd Azhari dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan didakwa secara rasuah cuba untuk memperoleh suapan wang RM10,000 daripada Ong Poo Huat.

Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Ong yang disyaki memiliki dadah jenis heroin yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagi pertuduhan kedua, keenam-enam tertuduh itu didakwa secara rasuah memperoleh suapan wang RM4,000 daripada mangsa sama bagi tujuan yang sama.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di No 17 dan 19, Lorong Belatuk 6, Taman Belatuk, Nibong Tebal, di sini antara pukul 5.40 hingga 7 malam, 13 Jan tahun lepas.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, keenam-enam tertuduh bersama seorang lagi pegawai polis Koperal Zambri Nordin juga dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Seberang Perai Selatan didakwa secara rasuah memperoleh suapan terhadap Ong bagi tujuan sama di tempat yang sama pada pukul 5 petang, 17 Jan tahun lalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Ahmad Ghazali Muhamad Nazdri menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Hakim Julie Lack Abdullah membenarkan Muharishanizam dan Mohd Edzrin Ferdini diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin manakala lima lagi tertuduh turut dibenarkan jaminan masing-masing RM5,000 berserta seorang penjamin. – BERNAMA

Tags: polisrasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

Reformasi Sebenar Kadangkala Tidak Lantang – Nurul Izzah

26/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelantikan Ketua Pesuruhjaya baharu tidak dengan sendirinya melahirkan sebuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu. Menurutnya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd