• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Anggota Polis Cedera Diserang Dengan Pemutar Skru

oleh Ahmad Albab
04/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Dua anggota polis cedera ringan apabila diserang menggunakan pemutar skru oleh seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah di sebuah restoran di Seksyen 7 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, pihaknya menerima laporan daripada orang awam bahawa terdapat seorang pembantu restoran cedera akibat diserang dalam satu pergaduhan.

“Setibanya dua anggota polis itu di lokasi, mereka telah dimaklumkan bahawa pembantu restoran warga Thailand itu telah dibawa ke Hospital Shah Alam sementara suspek berusia 48 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan bertindak menguncikan diri di dalam sebuah bilik di tingkat atas restoran berkenaan.

“Ketika dua anggota kami mengarahkan suspek untuk membuka pintu, suspek tiba-tiba meluru keluar dan menyerang kedua-dua anggota kami menggunakan pemutar skru,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shafien, Koperal Reyme Anuar, 48, mengalami kecederaan di kening dan rusuk kiri sementara Lans Koperal Syamsul Nurhisyam Yaakup, 37, luka di rusuk kiri dan dahi kiri.

Kedua-dua anggota polis berkenaan menerima rawatan di Hospital Shah Alam dan mereka telah dibenarkan pulang, katanya.

Tambah beliau, suspek berjaya ditahan dengan pertolongan orang awam dan ujian air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis syabu.

“Siasatan awal mendapati kejadian bermula daripada pergaduhan antara suspek dan pembantu restoran terbabit atas perkara peribadi. Suspek akan ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun sama,” katanya. – BERNAMA

Tags: cederapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd