• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diesel Tumpah Akibat Lori Tangki Terbalik

oleh Ahmad Albab
04/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Sebuah lori tangki dengan muatan diesel terbalik di Simpang LBJ, Jalan Besar Sepang di sini mengakibatkan berlakunya tumpahan diesel di laluan kemalangan terbabit kira-kira 7 pagi hari ini.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Sepang, Alpian Ab Hadi berkata lori tangki yang dalam perjalanan dari Sepang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu dipercayai terlanggar pembahagi jalan.

Beliau berkata ketika pihaknya tiba di tempat kejadian, orang awam sudah membantu mengeluarkan pemandu lori terbabit.

Pemandu lori berusia 44 tahun itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan namun dihantar ke hospital untuk pemeriksaan susulan, katanya.

“Ada berlaku sedikit tumpahan minyak diesel dan pihak kita segera melakukan kerja-kerja pembersihan untuk memastikan keselamatan serta tidak membahayakan pengguna,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Alpian berkata syarikat pemilik lori tangki terbabit turut ke lokasi kejadian untuk menyedut dan memindahkan minyak diesel ke lori tangki berasingan. – BERNAMA

Tags: Dieselpemandu lori
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuota Subsidi Diesel Lori Didakwa Dipotong, Harga Barangan Dijangka Meningkat Lebih Tinggi Andai Benar

Kuota Subsidi Diesel Lori Didakwa Dipotong, Harga Barangan Dijangka Meningkat Lebih Tinggi Andai Benar

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Pempengaruh dan pemerhati ekonomi, Lim Sian See menerusi satu hantaran di media sosialnya mendakwa kuota...

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd