• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menulis, Membaca Al-Quran Dalam Bahasa Selain Arab Adalah Dilarang

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Menulis dan membaca al-Quran dalam bahasa selain bahasa Arab adalah dilarang, demikian tegas Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ).

Dalam kenyataan di sini hari ini, Pengerusinya Tan Sri Harussani Zakaria berkata ini kerana penulisan al-Quran dalam bahasa lain tanpa adanya teks bahasa Arab tidak boleh dianggap sebagai al-Quran.

Perbuatan itu juga boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak (AMCP) 1984, katanya.

Beliau yang juga Mufti Perak mengulas mengenai kempen “Let’s Read The Quran” bagi menulis dan membaca al-Quran dalam bahasa lain selain bahasa Arab.

Harussani berkata sebagai pihak bertanggungjawab dalam mengawal selia pencetakan, penerbitan dan pengimportan teks al-Quran di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986, LPPPQ memandang serius kempen berkenaan.

Untuk itu, katanya, LPPPQ bersama-sama dengan pihak berkuasa agama Islam di setiap negeri akan mengambil tindakan tegas bagi menyekat gerakan dan kempen berkenaan.

Dalam pada itu, Harussani berkata al-Quran yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa bagi memudahkan mereka yang tidak memahami bahasa Arab memahami kitab suci berkenaan, tidak boleh dianggap sebagai naskah al-Quran tetapi merupakan ‘terjemahan al-Quran’ atau ‘tafsir al-Quran’.

Terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan teks asal dalam bahasa Arab adalah dilarang kerana takut disalah fahami dan membacanya tidak mendapat pahala, katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ZI16sbHNQMU[/wpdevart_youtube]

Tags: Al-QuranDr Harussani Zakaria
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd