• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas! Jubah Muslimah Hakikatnya Telanjang

oleh AK-47
03/03/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELUM pun reda mengenai isu Jubah Pahlawan atau Jubah Sado yang viral di laman sosial akhir-akhir ini, kini timbul pula isu berkaitan jubah wanita atau jubah Muslimah yang diibaratkan seolah-olah bertelanjang atau bogel.

Trend fesyen busana atau jubah Muslimah dalam kalangan wanita tempatan memang mendapat perhatian akhir-akhir ini.

Tambahan pula, ramai artis tempatan yang mula berhijrah ke arah yang lebih sopan dan terbitnya jenama-jenama Muslimah selebriti itu sendiri.

Ramai dalam kalangan mereka yang sudah berhijrah namun penampilan mereka tetap patuh pada Syariah antaranya Diana Amir, Irma Hasmie dan beberapa lagi artis terkenal tanah air.

Diana Amir
Diana Amir

Busana Muslimah atau sebarang pakaian yang dikategorikan sebagai pakaian Muslimah sepatutnya menutup aurat dan memenuhi garis panduan dan etika pemakaian seorang muslimah.

Namun sebaliknya berlaku dalam perkembangan fesyen Muslimah tanah air semenjak kebelakangan ini.

Jubah atau busana Muslimah yang sepatutnya mencerminkan identiti wanita Muslimah yang mempunyai pekerti sebagai seorang yang pemalu, rendah diri, sederhana, bermaruah dan mulia telah dieksploitasi dengan kemunculan jubah ‘Muslimah’ hakikatnya bertelanjang.

Bukan dosa atau pahala yang cuba dipersoalkan, tetapi keselamatan kaum Hawa itu sendiri akan terjejas sekiranya penampilan yang menjolok mata mengundang ‘buaya’ darat yang ada di sekeliling.

Tidak dapat dinafikan bahawa rekaan jubah sekarang memang menutup aurat dan tidak menampakkan warna kulit. Akan tetapi potongan jubah yang ketat harus dipersoalkan, seolah-olah si pemakai mendedahkan aurat secara ‘berhemah’ dan ‘sopan’ hakikatnya timbul sana sini.

Sedarlah bahawa tujuan asal jubah adalah untuk mengurang impak seksual dan menghalang pengaruh dari tubuh wanita ke atas pandangan nafsu syahwat kaum lelaki yang melihat.

Nasihat kami kepada wanita di luar sana yang berhijab mahupun tidak, tidak salah untuk ikuti perkembangan fesyen semasa tetapi harus ada garis panduannya lebih-lebih lagi golongan ‘Hijabister’. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=OnQ4ZOA4K_8]

Tags: busanaJubahsadotelanjang
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

Tawar RM4.42 Juta Untuk Jubah Messi

24/12/2022
0

SEORANG ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi AS$1 juta (RM4.42 juta) untuk jubah dipakainya selepas Argentina muncul juara Piala Dunia...

Busana RM27 Juta Tarikan Utama Produk Malaysia Di CIIE

08/11/2019
0

SHANGHAI - Busana merah keemasan bernilai RMB45 Juta (RM27 juta) menjadi antara tarikan di ruang astaka Malaysia pada pameran Ekspo...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd