• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Magen Diburu Bantu Siasatan Kes Langgar Lari

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan dikenali sebagai N.Mahendran atau Magen, 33, bagi membantu siasatan kes langgar lari di luar sebuah restoran di Taman Wahyu, di sini, Isnin lepas.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, dua lelaki yang sedang menikmati makan malam di luar restoran berkenaan, cedera selepas dilanggar kereta yang didaftarkan di bawah nama suspek.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata akibat pelanggaran itu, seorang mangsa berusia 55 tahun patah tulang kaki kirinya manakala seorang lagi yang juga anak saudaranya berumur 26 tahun, cedera ringan.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua mangsa mengenali suspek sejak tiga tahun lepas berikutan mereka tinggal di kawasan perumahan yang sama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul hari ini.

Ditanya sama ada insiden itu bermotifkan dendam, Munusamy berkata ia masih dalam siasatan dan menambah kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah.

Munusamy berkata hasil siasatan turut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes serupa pada tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, Munusamy berkata polis turut memburu seorang pemilik syarikat pembersihan, M.Gobi Nair, 37, bagi membantu siasatan kes menceroboh tanah milik persekutuan di Jinjang Utara, di sini untuk melonggok kutipan sampah domestik.

Beliau berkata suspek dipercayai dalang utama hasil siasatan ke atas dua lelaki yang ditahan pada 17 Feb lepas ketika mereka sedang melakukan aktiviti itu di tanah tersebut.

“Dua lelaki berkenaan masing-masing berumur 37 dan 47 tahun bagaimanapun telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menceroboh dan Seksyen 4 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959. – BERNAMA

Tags: langgar laripolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd