• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LHDN Tawar Pengurangan Penalti 15 Hingga 20% Kepada Pembayar Cukai

oleh Ahmad Albab
03/03/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pembayar cukai yang belum mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan dan Borang Nyata Petroleum ditawarkan pengurangan penalti antara 15 hingga 20 peratus, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong.

Jelasnya, pengurangan itu akan diberikan kepada mereka yang membuat pengakuan sukarela untuk tahun ke belakang bermula 1 Mac lepas hingga 15 Disember ini.

Individu atau syarikat yang dikenakan penalti bagi kes audit dan siasatan cukai, turut diberi tawaran pengurangan penalti antara 25 hingga 35 peratus menerusi inisiatif itu.

“Tawaran pengurangan penalti dan penghapusan cukai diperkenalkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memperolehi sasaran cukai sebanyak RM1 bilion tahun ini serta mengurangkan jurang cukai di negara ini.

“Ia juga bagi mewujudkan situasi menang-menang antara kerajaan dan pembayar cukai khususnya perniagaan serta meningkatkan aspek pematuhan cukai mereka,” katanya pada sidang media mengenai pengurangan penalti dan penghapusan cukai itu di sini, hari ini.

Ia susulan pengumuman pengubahsuaian Bajet 2016 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Januari lepas bagi menggalakkan pembayar cukai tampil secara sukarela melaporkan pendapatan bagi tahun ke belakang selain menyelesaikan tunggakan cukai mereka.

Sebelum ini, penalti sebanyak 45 hingga 100 peratus dikenakan kepada pembayar cukai yang gagal melaporkan maklumat cukai pendapatan dengan betul manakala mereka yang gagal mengemukakan borang cukai pendapatan dikenakan penalti 45 hingga 300 peratus.

Penalti bagi kes-kes audit pula adalah di antara 45 hingga 100 peratus, katanya.

Mengulas e-Filing, Chua berkata, seramai empat juta pembayar cukai telah menggunakan kemudahan itu tahun lepas.

Walaupun tidak dapat memberi anggaran sebenar kutipan itu, beliau menyifatkan sebanyak 200 panggilan diterima talian hotline yang dibuka sejak 10 hari lepas menjadi petanda baik rakyat terhadap inisiatif itu.

Menurut Chua, berdasarkan maklumat Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), jurang cukai Malaysia adalah kira-kira 20 hingga 30 peratus yang disifatkan tinggi berbanding negara-negara lain iaitu antara lima hingga enam peratus. – BERNAMA

Tags: CukaiLHDN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

Pembayar Cukai Tersalah Tanda? HASiL Sahkan Tak Perlu Pinda Borang, Refund Akan Diproses

18/03/2026
0

CYBERJAYA, 18 Mac 2026 – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengesahkan bahawa individu yang tersilap menandakan ruangan “Cukai ditanggung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd