• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muhyiddin Diingatkan Jangan Jadi Gunting Dalam Lipatan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak untuk terus kekal dalam UMNO seperti yang beliau umumkan dalam satu sidang media hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Muhyiddin berhak untuk terus berada dalam UMNO seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti itu.

Bagaimanapun, katanya, Muhyiddin tidak boleh menggunakan hak itu untuk terus menjadi gunting dalam lipatan buat UMNO dengan tindak tanduknya yang menjejaskan kepentingan parti.

“Keputusan Muhyiddin untuk kekal berada dalam UMNO sudah diduga dan kerana terbukti UMNO adalah wadah terbaik untuk perjuangan membela agama, bangsa dan negara.

“Sebagai ahli UMNO beliau perlu bertanggungjawab ke atas setiap tindakannya termasuk mematuhi tataetika serta disiplin dan tidak menjadi gunting dalam lipatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Muhyiddin hari ini mengumumkan beliau menolak pelawaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya beliau turut keluar daripada UMNO.

Ramai pihak percaya Muhyiddin membuat keputusan itu kerana lebih mudah untuk beliau terus memburuk-burukkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak jika berada dalam parti.

Azalina dalam pada itu menegaskan, Muhyiddin tidak wajar menyalahkan pihak lain kerana beliau digantung daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO.

“Kesilapan percaturan beliau sebelum ini telah membawa padah dan ternyata gagal mendapat sokongan daripada kepimpinan UMNO semua peringkat.

“Keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi tidak mengira kedudukan dan jawatan dalam parti. Sesiapa sahaja yang menjadi ahli perlu akur dengan keputusan parti. Setiap ahli UMNO juga perlu setia kepada kepimpinan disamping berkhidmat kepada bangsa, agama dan tanah air,” katanya. – mynewshub.cc

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd