• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Angola, Venezuela Cipta Sejarah PBB

oleh Ahmad Albab
16/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencipta sejarah tersendiri apabila tiga negara bergabung dalam menganjurkan majlis jamuan malam menjelang hari pengundian bagi Kerusi Tidak Tetap Majlis Keselamatan badan dunia itu.

Tiga negara itu adalah Malaysia, Angola dan Venezuela yang masing-masing adalah calon bagi setiap benua dalam usaha akhir melobi sebelum hari pengundian, hari ini.

Majlis resepsi itu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran ramai wakil-wakil tetap daripada hampir kesemua 193 negara yang menganggotai badan dunia itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman pada sidang media selepas majlis itu, berkata majlis bersama itu adalah dedikasi tiga negara yang berkongsi matlamat sama.

Beliau berkata usaha merentasi wilayah berkenaan adalah permulaan kepada kerjasama lebih erat antara negara, juga wakil kepada Pergerakan Negara Berkecuali (NAM), untuk berada dalam Majlis Keselamatan.

“Berdasarkan rekod cemerlang Malaysia dalam beberapa isu di bawah pengawasan PBB, kita sangat yakin Malaysia mampu menyumbang secara signifikan untuk bekerjasama dengan Angola dan Venezuela dan juga ahli Majlis Keselamatan yang lain.

Malaysia mewakili Asia Pasifik, adalah calon tunggal bagi rantau itu, manakala Angola pula mewakili benua Afrika dan Venezuela calon bagi Amerika Selatan dan Caribbean.

Venezuela diwakili oleh Menteri Hal Ehwal Luar dan Rakyat, Rafael Ramirez Carreno manakala Angola diwakili Setiausaha Hubungan Luar, Manuel Domingos Augusto.

Pengundian secara sulit oleh 193 negara anggota badan dunia itu akan bermula 10 pagi.

Malaysia pernah menjadi ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB sebanyak tiga kali iaitu pada 1965, 1989-1990 dan bagi tempoh 1999-2000. – BERNAMA

Tags: PBB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

Malaysia Minta PBB Kaji Semula Misi Pengaman Di Lubnan

09/04/2026
0

REMBAU – Malaysia akan mengambil langkah proaktif memohon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyemak semula terma penugasan pasukan pengaman di Lubnan...

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

ASEAN: PBB Puji Dasar Luar Malaysia Dalam Isu Hak Rakyat Palestin

27/10/2025
0

ASEAN: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, memuji dasar luar Malaysia yang konsisten dan tidak berat sebelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd