• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selebriti Sokong Pembebasan Pengasas Wikileaks

oleh Ahmad Albab
02/03/2016
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Beberapa selebriti termasuk artis dari China, Ai Weiwei, produser filem Amerika Syarikat (AS), Oliver Stone dan pereka fesyen British terkenal Vivienne Westwood antara yang menandatangani petisyen meminta agar pengasas Wikileaks, Julian Assange dibebaskan.

Selebriti terbabit adalah antara 500 orang yang menandatangani petisyen untuk diserahkan kepada kerajaan Britain dan Sweden, menggesa mereka menguatkuasakan pandangan panel Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengatakan Assange ditahan tanpa sebarang pemeriksaan.

“Kami menggesa Sweden dan United Kingdom agar menghormati perjanjian hak asasi manusia seperti keputusan yang sudah dibuat,” kandungan keterangan petisyen yang diserahkan jurucakap Assange.

Antara bekas ahli politik yang turut menandatangani ialah Menteri Kewangan Greece, Yanis Varoufakis; pengarah filem terkena Mexico, Alfonso Cuaron; penulis novel ternama India, Arundhati Roy dan pemenang hadiah nobel Iran, Shirin Ebadi.

Waran tangkap dikeluarkan terhadap Assange untuk disoal siasat di Sweden atas dakwaan rogol.

Namun dakwaan itu dinafikan dan dia mengatakan takut di ekstradisi ke AS selepas WikiLeaks menerbitkan ratusan ribu dokumen tentera dan diplomatik rahsia mengenai peperangan di Afghanistan dan Iraq serta aktiviti diplomatik AS. – AFP/BH ONLINE

Tags: Selebriti HollywoodWikileaks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selebriti Hilang Rumah, Lebih 200 Masih Hilang

13/11/2018
0

LOS ANGELES - Penyanyi Miley Cyrus dan Neil Young antara ratusan penduduk yang kehilangan rumah dalam kebakaran hutan yang memusnahkan...

Damon Ke Jakarta Untuk Projek Air Bersih

05/07/2018
0

JAKARTA - Aktor terkenal Hollywood, Matt Damon, baru-baru ini telah berkunjung ke pejabat Koperasi Mitra Dhuafa (Komida) di Jakarta, Indonesia. Akhbar The Jakarta Post...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd