• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kotak Hitam Pesawat CN235 Milik TUDM Ditemui

oleh Ahmad Albab
01/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kotak hitam pesawat CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat pendaratan kecemasan di kawasan paya bakau Kuala Selangor, Jumaat lepas, telah ditemui.

Panglima TUDM Jen Tan Sri Roslan Saad berkata kotak hitam berkenaan ditemui pada petang Sabtu lepas oleh pasukan penyiasatan insiden pesawat itu.

“Kotak hitam sudah ditemui dan akan dihantar ke Bandung, Indonesia selewat-lewatnya petang ini untuk dianalisa kerana syarikat pembuatan pesawat berkenaan berada di negara itu.

Saya menjangkakan proses menganalisis maklumat daripada kotak hitam itu akan mengambil sekurang-kurangnya lima hari dan hasilnya membantu TUDM untuk mengetahui punca sebenar insiden itu,” katanya dalam sidang media di Pangkalan Udara TUDM di Subang, dekat sini, hari ini.

Mengenai proses mengeluarkan pesawat, Roslan berkata ia dijangka memerlukan masa yang lama kerana faktor persekitaran yang mencabar.

“Kami hanya boleh mengambil masa selama enam jam sahaja untuk kerja-kerja penyiasatan dan membawa keluar pesawat itu kerana keadaan air pasang menyukarkan proses berkenaan,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan tindakan memotong serpihan pesawat berkenaaan akan dibuat sekiranya perlu.

Ditanya mengenai status tujuh buah pesawat CN235 yang lain, Roslan berkata perkhidmatannya dihentikan buat sementara waktu.

“Dua pesawat itu sudah selesai diperiksa, dua lagi pesawat sedang diperiksa manakala tiga lagi pesawat berkenaan menunggu giliran untuk melakukan proses yang sama,” katanya.

Dalam kejadian 8.50 pagi Jumaat lepas, pesawat itu yang membawa lapan anak kapal membuat pendaratan cemas setelah mengalami kerosakan enjin di pesisir pantai berhampiran Batu 2, Kuala Selangor. Kesemua anak kapal dapat diselamatkan dengan bantuan nelayan tempatan di kawasan itu. – BERNAMA

Tags: kotak hitamTUDM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

TUDM Terima Senjata FN MAG 58M 7.62mm Untuk Helikopter EC 725 AP/H225M

20/06/2026
0

KUANTAN – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerima penyerahan rasmi sistem persenjataan FN MAG 58M 7.62mm bagi helikopter EC 725...

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

TUDM Sahkan Pesawat F/A-18D Hornet Alami Masalah Enjin, Mendarat Di KKIA

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan sebuah pesawat F/A-18D Hornet mengalami masalah enjin semasa penerbangan pulang setelah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd