• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Qari/Qariah Sertai Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Kelantan

oleh Ahmad Albab
29/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANAH MERAH – Dua puluh peserta mengambil bahagian dalam Tilawah al-Quran peringkat negeri Kelantan ke-59 yang berlangsung di Masjid Ismail Petra di sini, selama lima hari bermula Sabtu lepas.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata 10 qari dan 10 qariah menyertai tilawah yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 bagi setiap kategori.

“Setiap daerah di negeri ini menghantar dua orang wakil iaitu seorang qari dan seorang qariah. Setiap malam, tujuh orang peserta akan memperdengarkan bacaan mereka,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Majlis tilawah anjuran JHEAK itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakub dan dihadiri kira-kira 2,000 anggota masyarakat setempat.

Beliau berkata juara bagi setiap kategori akan membawa pulang wang tunai RM5,000 dan tiket penerbangan mengerjakan umrah manakala naib johan bakal membawa pulang RM4,000 dan tempat ketiga RM3,000.

“Johan qari dan qariah juga akan mewakili Kelantan ke Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan pada tahun ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: KelantanTilawah Al-Quran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd