• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Terperinci Masalah Banjir Di Sarawak Dibuat

oleh Ahmad Albab
28/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar telah diarahkan membuat kajian terperinci berhubung masalah banjir di Sarawak.

Najib berkata Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar selaku menteri bertanggungjawab akan membuat kajian menyeluruh mengenai masalah tersebut.

“Wan Junaidi akan mengkaji masalah perparitan termasuk kos, implikasi dan semua butiran. Kami akan melakukan apa sahaja yang perlu kita buat,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa dekat sini hari ini.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Perumahan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian.

Najib yang tiba kira-kira 4.30 petang, meluangkan masa hampir 30 minit meninjau Kampung Rantau Panjang yang terletak di tebingan Sungai Sarawak, dan melakukan lawatan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang.

Dalam tempoh dua bulan tahun ini, Sarawak khususnya di daerah Kuching, Serian dan Samarahan telah dilanda banjir sebanyak empat kali.

Malam tadi pada perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2016 di Sibu, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memohon bantuan daripada Najib bagi penduduk Sarawak, untuk menyelesaikan masalah perparitan yang menjadi punca banjir di negeri ini.

Sementara itu, mengulas mengenai lawatan ke SK Rantau Panjang, Najib berkata sekolah berkenaan akan dipindahkan ke lokasi yang lebih sesuai tidak lama lagi.

“SK Rantau Panjang akan dipindahkan ke lokasi baharu kerana berada di kawasan sempit dan sering dilanda banjir setiap tahun.

“Saya sudah berbincang dengan pegawai pendidikan, kita akan ambil tindakan segera dan lokasi serta tapak baharu akan dikenal pasti,” katanya.

Ditanya mengenai lawatan dua hari beliau ke Sarawak sejak semalam, Najib berkata beliau berpuas hati dengan sambutan yang diterima.

“Sepanjang lawatan, bagus…puas hati, nampak sambutan bagus, Alhamdulillah dan kita akan terus bantu bangunkan Sarawak,” katanya.

Ditanya kekerapan beliau melawat Sarawak ada kaitan dengan pilihan raya negeri yang semakin hampir, Perdana Menteri berkata: “kita bantu Sarawak bukan kerana pilihan raya tetapi kerana kita nak Sarawak terus maju”. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]jVaKA1nQImU[/wpdevart_youtube]

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd