• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggantungan Muhyiddin Sebagai Timbalan Presiden UMNO Wajar

oleh Ahmad Albab
28/02/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR SALAK – Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO adalah tindakan yang wajar, kata anggota MT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata tindakan Muhyiddin yang terus mengkritik kepimpinan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan melemahkan parti.

“Kalau beliau masih sayangkan parti jangan buat tindakan yang memecah-belahkan walaupun telah digantung, kena terima keputusan dengan hati terbuka dan
terus menyokong parti.

“Saya juga pernah dipecat (daripada UMNO) pada 1995, namun saya terima keputusan Majlis Tertinggi dengan hati terbuka … saya tidak sabotaj atau menentang parti sebab saya sayangkan UMNO,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Dataran Nelayan Kota Setia di sini, hari ini.

Jumaat lepas, MT UMNO sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden berkuat kuasa serta merta, dan memutuskan Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti.

Terdahulu, Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani melepaskan kira-kira 100,000 benih anak udang galah di perairan Sungai Perak serta menyampaikan elaun sara hidup sebanyak RM200 kepada setiap 85 nelayan.

Di ALOR SETAR, UMNO Bahagian Pendang yakin Ahmad Zahid mampu menjalankan tugas sebagai timbalan presiden UMNO dengan baik demi memastikan kelangsungan parti.

Ketua UMNO Bahagian Pendang Datuk Paduka Md Rozai Safian berkata, keyakinan itu dibuktikan dengan kebolehan dan prestasi cemerlang ditunjukkan Ahmad Zahid walaupun baru beberapa bulan menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“UMNO Pendang sangat menyokong dan akan memberi kerjasama penuh dalam hal-hal yang berkaitan dengan tugasan beliau,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Rozai turut berkata, gandingan Menteri Besar Kedah yang baharu Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah dan Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai timbalan pengerusi mampu menghasilkan impak baik.

“Kami juga ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir atas perkhidmatan, budi dan jasa beliau terhadap UMNO Pendang sepanjang beliau menjadi Menteri Besar dan pengerusi badan perhubungan UMNO Kedah,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]v3VtSkfgHcY[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

Netizen Bandingkan Madani Mart Dengan Kedai Rakyat 1Malaysia, Dakwa ‘Copy Paste’ Idea Najib Razak

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Madani Mart yang diumumkan kerajaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila ada yang membandingkannya dengan konsep...

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd