• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tugas Sebagai Timbalan Presiden UMNO Satu Tanggungjawab

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAWAS (Sarawak) – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata amanah diberikan kepadanya untuk menjalankan tugas sebagai timbalan presiden UMNO adalah satu tanggungjawab.

Mengucapkan terima kasih kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO atas kepercayaan itu, katanya beliau tidak menganggap ia sebagai satu hadiah tetapi berupa tanggungjawab baharu yang turut didukung oleh anggota MT yang lain.

Menurutnya, babak-babak baharu dalam perkembangan politik negara perlu dibuka, bagi meninggalkan atau melupakan apa-apa kekaburan mahupun kekeliruan yang timbul sebelum ini.

“Pada hemat saya tugas dan tanggungjawab ini tidak mengetepikan mana-mana tokoh atau individu terdahulu yang dilihat agak bersifat ‘antagonistik’ (menentang seseorang atau sesuatu pihak) … ia keputusan sebulat suara oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Anti Dadah Kebangsaan di Taman Awam Lawas, di sini hari ini.

Jumaat lepas, MT Umno sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti berkuat kuasa serta merta, dan memutuskan bahawa Ahmad Zahid akan menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti.

Ahmad Zahid seterusnya mengajak semua anggota UMNO, parti yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN), serta semua anggota komponen BN agar merapatkan barisan dalam membina dan memperkukuh azam baharu untuk berada di puncak sokongan.

Katanya beliau juga akan merundingi tokoh-tokoh terdahulu dalam melaksanakan tanggungjawab itu. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]EYsybn762gM[/wpdevart_youtube]

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAIS Belum Dapat Maklumat Sahih Pemilik Sebenar Premis Penyembelihan Ayam Guna Renjatan Elektrik

JAIS Belum Dapat Maklumat Sahih Pemilik Sebenar Premis Penyembelihan Ayam Guna Renjatan Elektrik

03/11/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mendapatkan maklumat lanjut bagi mengenal pasti pemilik sebenar sebuah premis penyembelihan...

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

‘Badai Menguji Layar, Bukan Menghentikan Pelayaran’ – Dira Abu Zahar

03/11/2026
0

MELAKA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd