• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Ditemui Mati, Dipercayai Dibunuh Suami

oleh Ahmad Albab
01/03/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang wanita ditemui mati di ruang tamu rumahnya di Ladang Sengat, Simpang Pulai di sini hari ini, dipercayai dibunuh suaminya.

Mangsa S. Durga Devi, 17, ditemui dalam keadaan terbaring dan terdapat kesan kecederaan di muka seperti ditumbuk.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 7.30 pagi, daripada orang awam yang terdengar pergaduhan di rumah mangsa.

“Jiran memberitahu ada dengar pergaduhan berlaku di rumah mangsa sejak tengah malam tadi sehingga sekitar pukul 5 pagi.

“Pergaduhan itu dipercayai disebabkan masalah rumah tangga. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Beliau berkata suami mangsa berumur 27 tahun yang bekerja sebagai buruh ditahan di tempat kejadian untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan tiada sebarang senjata dirampas.

Mengenai kesan darah yang ditemui di luar rumah itu, Sum berkata ia akan dihantar ke Unit Forensik untuk mengenal pasti sama ada ia milik mangsa atau suaminya.

Sum berkata pasangan yang hanya tinggal berdua di rumah milik bapa si suami itu telah berkahwin selama setahun dan tidak mempunyai anak. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]s_7ID7HDtcM[/wpdevart_youtube]

Tags: kes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd