• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Perlis Sokong Larang Produk ‘Makanan Sunnah’

oleh Ahmad Albab
01/03/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyokong langkah melarang peniaga menggunakan ‘ayat ruqyah’ dan ‘makanan sunnah’ pada produk mereka untuk mengelakkan penipuan.

Justeru, beliau mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana menetapkan pemohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak dibenarkan menggunakan ayat berkenaan.

Malah, kata beliau, Jawatankuasa Fatwa Perlis juga telah bermesyuarat berhubung perkara itu dan membuat keputusan serupa.

“Tahniah Jakim., Alhamdulillah, Jawatankuasa Fatwa Perlis juga bermesyuarat telah membuat keputusan yang hampir sama,” katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan syarikat dan pemohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia tidak dibenarkan menggunakan terma ‘ayat ruqyah’, ‘makanan sunnah’ dan seumpamanya pada pelabelan, pengiklanan dan promosi produk yang dipohon bagi pengesahan halal.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dipetik berkata, produk yang dilabelkan dengan terma itu sering digunakan sesetengah pengusaha sebagai pelan pemasaran, namun ia dikhuatiri boleh mengundang penipuan ke atas pengguna yang percaya produk itu lebih berkesan.

“Tindakan ini berkemungkinan besar menyebabkan berlaku penipuan kepada orang ramai yang menganggap produk itu lebih berkat dan berkesan kerana dibacakan ayat al-Quran dan zikir serta doa tertentu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

[wpdevart_youtube]aklTcuZBCVs[/wpdevart_youtube]

Tags: JakimMufti PerlisruqyahSunnah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

Mufti Perlis Ulas Kes NGO Didakwa Seleweng Dana Zakat

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin tampil memberi ulasan berhubung kes sebuah badan bukan kerajaan...

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

KP Jakim Nasihat Mahasiswa Rujuk Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Sebelum Anjur Persembahan Pentas

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Sirajuddin Suhaimee mengingatkan golongan mahasiswa agar merujuk Garis Panduan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd